Hukum mengukir inai
Oleh:Editorial E-Baca
Assalamualaikum Ustazah,
Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai inai yang diukir di tangan? Ini kerana ramai yang memakainya terutamanya pengantin baru.
Siti Fatimah Mohamad
Sungai Buloh, Selangor.
Waalaikumussalam Fatimah,
Hukum memakai inai adalah harus. Tetapi jika pewarna inai yang digunakan adalah bersifat kekal dan tidak pasti bahan kandungan yang digunakan sama ada halal atau
haram, ia adalah dilarang. Lagipun, memakai inai bukanlah salah satu daripada budaya Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala tatu, ia adalah pengaruh atau budaya hindu dan barat yang keduaduanya adalah dilarang di dalam Islam. Rasulullah SAW menyatakan dengan tegasnya di dalam hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia dikalangan mereka”.(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud). Boleh mengukir inai di tangan asalkan ia tidak mempunyai ciri-ciri yang menyerupai agama lain seperti tanda salib atau seumpamanya.
lain2 baca di sini ya ukh..tapi rada ribet bahasa nya coz malay.. :D
Wednesday, 24 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment